Wednesday 16 May 2007

2007 05: Ibu rayu anak pulang

Berita Harian online. Edisi Timur. 15/05/07

TERENGGANU: Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, di sini, Ilyasak Arifin, 15, tidak pulang sejak keluar daripada rumah 21 hari lalu.

Ibunya, Zamani Salleh, 54, berkata, Ilyasak keluar dari rumah dengan menunggang basikal kira-kira jam 3 petang dan beliau menyangka anaknya pergi ke rumah rakan.

"Saya hanya membuat laporan polis pada hari kelima dia tidak balik ke rumah kerana menyangka dia kelima daripada enam beradik bermalam di rumah rakan.

"Kami sekeluarga sudah mencari di semua rumah rakan Ilyasak serta rumah saudara dan sehingga kini belum berhasil," katanya ketika ditemui, semalam.

Orang ramai yang mengetahui di mana Ilyasak berada diminta menghubungi Zamani di talian 012-9224050 atau balai polis berhampiran.

No comments: