Wednesday, 16 May 2007
2007 05: Kerastase anjur kempen lindungi kanak-kanak
Berita Harian online. Citra. 16/05/07
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
KASIHAN melihat nasib kanak-kanak terbiar tidak sekadar lahir daripada hati, sebaliknya sedikit sumbangan wang ringgit yang akhirnya mampu menimbun menerusi kerja amal dilakukan mungkin membantu mereka meneruskan kehidupan.
Dalam usaha ini jenama pemeliharaan rambut daripada Paris, Kerastase memanjangkan langkah itu dengan sasaran melindungi dan memelihara kanak-kanak seluruh dunia khususnya Malaysia.
Melalui kempen berkenaan Kerastase memperkenalkan beg edisi terhad untuk menyampaikan pesanan menjaga dan melindungi kanak-kanak. Beg berharga RM15 itu boleh didapati di salon Kerastase dan 50 peratus daripada jumlah berkenaan akan disumbangkan kepada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef).
Beg comel berwarna hitam itu menggambarkan kanak-kanak bersama pesanan melindungi kanak-kanak dan ia dihasilkan dengan kerjasama pereka tersohor, Zang Toi, Donna Chew dan Beatrice Looi.
Program bermula 1 Februari hingga 15 April lepas berjaya mengumpul RM30,000 pada majlis penyampaian replika cek, baru-baru ini. Ia disampaikan Pengurus Besar Bahagian Produk Profesional L’Oreal, Matthieu Juery kepada Pegawai Bertugas dan Koordinator Program Unicef Malaysia, Dr Rudi Luchmann.
Juery berkata, rakan salon jenama itu komited terbabit dalam kempen memungut derma dan sebarkan pesanan perlindungan kanak-kanak daripada keganasan.“Kami tidak sekadar memelihara kesihatan rambut sebaliknya kanak-kanak yang bernasib malang,” katanya.
Sementara itu, Dr Rudi Luchmann, berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2005 melaporkan seramai 1,800 penderaan kanak-kanak dilaporkan dengan purata lima kes laporan setiap hari. Tetapi, ia bagaikan sebahagian kecil daripada kisah sebenar kerana realitinya masih banyak kes yang tidak dilaporkan dan hanya kes ekstrem yang memerlukan kemasukan ke hospital atau membabitkan kematian dilaporkan.
Katanya, cabaran mengakhiri keganasan terhadap kanak-kanak memerlukan pelbagai pendekatan dan strategi yang mana ia membabitkan 4P iaitu protect, prevention, prosecution dan participation atau perlindungan; pencegahan, membanteras jenayah dan pembabitan kanak-kanak.
“Pesanan utama adalah tiada keganasan terhadap kanak-kanak boleh dimaafkan walau dalam apa bentuk sekali pun sama ada dikaitkan dengan tradisi dan disiplin. Kajian Setiausaha Agung Bangsa Bersatu, terhadap keganasan kanak-kanak yang dilancarkan pada 2006 melihat masih banyak cara boleh dilakukan untuk hentikan keganasan berkenaan.
“Laporan menegaskan perlunya pencegahan dalam segala bentuk keganasan dan kepentingan pendekatan koordinasi kebangsaan bagi menangani masalah ini tidak lain bukan ialah selalu mempromosi dan menghormatinya.
“Kami berbangga bekerjasama dengan L’oreal untuk produk perlindungan Kerastase dan kempen perlindungan Kerastase malah kami turut berterima kasih kepada pereka yang mengambil bahagian,” katanya. Unicef bekerjasama dengan 163 negara untuk membantu kanak-kanak membina potensi mereka sepenuhnya. Mereka memperjuangkan hak kanak-kanak melalui sumbangan kemanusiaan termasuk program yang membantu mereka terus hidup sehingga ke alam dewasa dan itulah antara bermulanya program ini.
INFO: Keganasan terhadap kanak-kanak
Dianggarkan 100,000 kanak-kanak seluruh dunia menjadi mangsa eksploitasi, penderaan dan keganasan setiap tahun. Mereka tidak memiliki rumah dan tercicir daripada sekolah selain dipaksa mengikuti ketenteraan. Malah, tidak keterlaluan dikatakan menjadi mangsa seksual dalam dunia pelacuran dan perhambaan dalam apa jua bentuk sekali pun.
Keganasan terhadap kanak-kanak termasuklah keganasan secara fizikal, percakapan, psikologikal, diskriminasi dan tidak diendahkan. Tidak kira daripada segi fizikal, percakapan dan seksual di rumah atau buli di sekolah, juga penderaan dan kekejaman di dalam institusi hinggalah kumpulan jalanan di mana kanak-kanak bermain atau bekerja.
Di Malaysia, statistik daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melaporkan seramai 1,656 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan pada 2004 yang mana keganasan seksual mencatatkan jumlah yang paling tinggi. Laporan pihak ketiga mendedahkan kebimbangan jumlah kanak-kanak dan wanita muda terperangkap di dalam eksploitasi, dan diperdagangkan setiap tahun untuk menjadi pekerja seks atau buruh di Malaysia.
Berdasarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan ahli akademi, Malaysia menjadi sumber transit, dan negara distinasi untuk perdagangan wanita dan kanak-kanak. Melindungi penderaan kanak-kanak bukan saja membabitkan hak kanak-kanak, sebaliknya kelangsungan hidup dan kesihatan kanak-kanak. Sementelah, sebahagian besar penderaan dan eksploitasi menderita tanpa terlihat dek mata kasar, impak pengumpulan penderaan ini tidak terlihat. Ia hanya nampak menerusi tidak ada pendidikan, tidak sihat dan masyarakat sekitar, kebanyakan mereka tidak dilindungi ketika kecil.
Wakil Khas Unicef untuk Malaysia dan Wakil Khas Unicef Brunei dan Singapura, Gaye Philips dilaporkan berkata, keganasan terhadap kanak-kanak adalah keganasan terhadap hak kemanusiaan, “Ia tidak boleh diterima dan tidak akan dikasihani walau dalam apa bentuk alasan termasuk disiplin, dan kebudayaan tradisi,”.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment